9 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

kuruskan badan dengan cepat
Semua orang kata yang gemuk itu hodoh.Tapi ada juga orang yang gemuk tapi cute.Siap boleh dapat anugerah ratu tercantik lagi.Aik..nak jadi gemuk pula.Jangan,banyak pula risiko  kalau badan kita ni gemuk.Nak naik berat badan pun bukan senang tapi nak turunkan berat badan dengan cepat memang tersangat susah.

Kalau boleh turunkan berat badan dengan cepat mungkin dia ni rajin dan bersungguh-sungguh.Bagi yang berat badan dia tu dah sampai tahap kritikal tak pun kalau ada yang nak turunkan berat badan mestilah tahu tips yang betul kuruskan badan dengan cepat.Salah satunya untuk budak luar kota kurus..

1.Setkan minda untuk kurus dengan cepat

Mula-mula setkan minda kita.Jangan fikir yang kita ni tiada harapan untuk kurus.Orang akan pandang kita tinggi kalau dapat kuruskan badan.Mana tak nya orang gemuk boleh jadi kurus,langsing lagi.Silap-silap ada juga orang yang berkenan.Taklah jadi anak dara tua bagi perempuan kalau laki tak tahulah panggil apa.Jadi setkan minda betul-betul untuk kurus dengan cepat.Bermulalah dari sekarang.

2.Makan dalam kuantiti yang kecil

Maknanya makan sikit-sikit tapi jangan tak makan langsung.Lamakan penyakit yang lain pula mari.Budak luar kota ni makan sikit-sikit tapi banyak kali.Jangan pula makan sepinggan 3 kali tambah.Smpai boroi habis perut tu.Ingat berhenti makan sebelum kenyang,makan bila lapar.

3.Elakkan makan pada waktu malam

Ini penting,kita kena makan ikut masa.Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan dalam perut kita.Bayangkan kalau kita makan pukul 10 malam kena berjaga sampai pukul berapa.Fikir-fikirkanlah.

4.Elakkan makanan segera dan minuman bergula

Sekarang ni,budak pun ada penyakit diabetis.Jadi marilah sama-sama jaga pemakanan kita.Minumlah air masak walaupun tak sedap kerana air masak lebih baik daripada air bergula.Kalau nak minum air begula minumlah sikit-sikit jangan banyak.Kalau banyak,jawabnya tak kurus sampai bila-bila.Siap dapat penyakit bahaya lagi.

5.Tukar kepada makanan yang rendah lemak

Pernah tak tengok apa kandungan sesuatu makanan.Berbalik pada ilmu yang kita ada,plihlah makanan yang rendah kalori dan lemak.Tentu  selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga

6.Banyakkan makan buah.

Ini juga penting untuk tubuh badan kita.Jangan asyik makan makanan tak berkhasiat sahaja.Makan la juga buah-buahan untuk dapat vitamin yang diperlukan oleh badan.Kata nak kuruskan badan dengan cepat untuk dapat awek baru.Jadi kenalah amal makan buah-buahan selalu

7.Banyakkan berjalan

Tidak pergi gym pun tidak mengapa yang penting kita ada masa untuk beriadah.Kalau sibuk pun,sekurang-kurangnya pergilah berjalan-jalan ditaman.Malu..kalau malu ajak lah kawan atau keluarga turut serta beriadah di taman.Ini merupakan teknik yang berkesan untuk kuruskan badan dengan cepat.Boleh mula daripada petang ni.Mana tahu kalau pergi padang jumpa dengan pakwe baru ke.

8.Banyakkan minum air masak

Malu hendak bawa botol air masak ke pejabat.Memang tak kuruslah badan.Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air masak sehari.Jadi jangan hiraukan orang lain,tunjukkan perubahan dalam diri kita.Ingat kita telah setkan mindset untuk kurus jadi kita kena amalkan setiap cara-cara yang dapat kuruskan badan.

9.Beri 100%  komitmen pada tujuan asal "nak kurus"

Ingat lagi tips setkan minda tadi?Tidak guna selepas setkan minda,bila anda malas anda abaikan begitu sahaja.Teruskan konsisten,ini untuk kebaikan diri kita juga.Ingat abaikan ejekan orang lain yang tak beri faedah kepada kita.

Akhir kata

Kita kena amalkan tips kuruskan badan dengan cepat dan jangan berharapa 100% dengan produk kuruskan badan.Ingat ramai dah yang sengsara akibat ambil produk kuruskan badan seperti ubat apa dia nama tak tahu.Kita kena sentiasa berwaspada,jumpa doktor tanya ubat yang kita ambil dari penjual tu baik untuk kesihatan atau tak.Renung-renungkanlah..

PS// Bagi yang nak kuruskan badan dengan cepat boleh download tutorial ini.Dijamin berkesan.Ni dia.. Teknik Kuruskan Badan Dengan Cepat

First

1 comments:

Write comments
Unknown
AUTHOR
30 May 2016 at 03:17 delete

Admin Tumpang Share...

Main Simple Games Dan Dapatkan Duit Sebenar Dalam Matawang Euro

Klik Sini http://mgintro.blogspot.my/2015/03/apa-itu-marketglory-dan-cara-main.html

Reply
avatar