Kita Kena Pilih Bidang Yang Kita Mahir

Semua orang kata memilih bidang yang kita mahir itu sangat penting untuk berjaya,tapi adakah kita memilih bidang yang kita mahir ataupun kita cuma mengikut apa yang orang lakukan.Kita tengok orang tu berjaya dalam sesuatu bidang contohnya bisnes online seperti affiliate yang sudahpun menjana puluhan ribu ringgit dengan hanya menggunakan teknik yang kita anggap mudah.Kita pun terus mengambil bidang affiliate,saya bukan nak kata bila anda ambil bidang itu maka anda takkan berjaya.Ia mungkin susah sikit untuk anda mahir dalam bidang bisnes affiliate jika anda tak tahu apa-apa tentang bidang itu.Ini mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk kita.

Jika anda mahir dalam bidang dropship berbanding affiliate kerana anda sudah tahu asas bidang dropship ni,jadi anda mesti teruskan mencari ilmu tentang dropship.Ini untuk menguatkan lagi skill dan teknik anda dalam bidang dropship ini.Ini juga mungkin memendekkan masa anda untuk berjaya dan mengurangkan risiko terhadap sesuatu perkara.

Tapi jika anda masih tegas dengan pendirian anda dan ingin mengambil bidang yang anda tidak mahir,tak mengapa kerana anda kena berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang itu.Dapatkan segala ilmu tentang bidang itu dan mindset anda kena kuat.Jangan pula bila masih tak berjaya dalam bidang itu,anda tinggalkan macam tu je.Sampai bila tak berjaya.

Jadi kuatkan semangat anda untuk berjaya dalam sesuatu bidang.Hubungan dengan Allah juga kita kena jaga.Teruskan usaha anda untuk berjaya,tingkatkan teknik anda dengan membeli panduan daripada guru yang betul.Jangan pula berguru dengan scammer,check dulu latar belakang mentor kita tu.

P:S/Kalau anda masih keliru tentang diri anda,keliru hendak mengambil bidang apa.Cari sahaja jawapan anda di BUDAK LUAR KOTA 
Previous
Next Post »